Selasa, 21 April 2009

BERITA SEDIH.. KENA AMBIL PERHATIAN!!!

Wanita cuba bunuh diri kerana suami enggan kerja

JOHOR BAHRU: Seorang ibu beranak dua cuba membunuh diri di Jambatan Permas Jaya, di sini pagi tadi kerana dipercayai tidak tahan dengan sikap suami yang enggan bekerja. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata wanita berusia 27 tahun itu mengancam untuk terjun dari jambatan berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi. Bagaimanapun, katanya, polis dan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Johor Jaya dapat menggagalkan cubaan wanita terbabit selepas memujuk kira-kira 20 minit.
"Siasatan awal polis mendapati wanita itu malu dengan keluarga serta tidak tahan dengan sikap suami yang enggan bekerja sehingga mendorong untuk membunuh diri," katanya di sini. Zainuddin berkata, wanita berkenaan kini ditahan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.
Sumber :Berita Harian Online 21 Apr 09
KEPADA PENCARI KERJA ATAU YANG INGIN TAMBAH INCOME:
Sertai Kami Sebagai Perunding MAA Takaful. Kami akan beri anda faedah berikut:-
1. Elaun Bulanan RM300.00
2. Komisen Jualan Sebanyak 25%
3. Masa Kerja Fleksibel
4. Insentif Melancong Dalam dan Luar Negeri
Hubungi Mohamad Zamrie Baba di Talian 019-6613345 untuk keterangan lanjut dan pertanyaan.

Rabu, 15 April 2009

TAKAFUL SEMAKIN JADI PILIHAN..

Takaful terunggul..
DUBAI 15 April – Arab Saudi dan Malaysia merupakan dua pasaran takaful terunggul di dunia, dengan caruman masing-masing berjumlah AS$1.7 bilion dan AS$797 juta pada 2007, demikian menurut Laporan Takaful Dunia 2009 Ernst & Young.
Katanya, caruman Takaful global meningkat kepada AS$3.4 bilion pada 2007 berbanding AS$2.5 bilion pada 2006.
Laporan yang diumumkan pada Persidangan Tahunan Takaful Sedunia 2009 itu berkata Takaful, atau insurans koperasi patuh syariah, semakin berkembang melalui kegiatan menembusi pasaran Islam yang besar di dunia.
Bagaimanapun, ia menegaskan bahawa masih ada pasaran-pasaran besar yang belum diterokai di Asia dan Timur Tengah serta rantau Afrika Utara.
“Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Malaysia dan Sudan merupakan tiga pasaran terunggul bagi Takaful manakala benua kecil India, Indonesia, Mesir dan Turki masih merupakan pasaran Islam yang paling kurang diterokai,” kata laporan itu. GCC terdiri daripada Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.
Ketua Kumpulan Perkhidmatan kewangan Islam Ernst & Young, Sameer Abdi, berkata: “Pasaran Takaful sekarang meliputi sebahagian besar dunia tetapi masih ada banyak pasaran Islam yang belum diterokai di hampir setiap benua.
“Kami menganggarkan pasaran Takaful dunia mencapai nilai setinggi AS$7.7 bilion menjelang akhir 2012,” kata beliau.
Menurut Omar Bitar, rakan pengurusan Khidmat Nasihat Ernst & Young Timur Tengah, kelembapan dunia menjejaskan semua pihak dan Takaful juga tidak terkecuali.
Beliau berkata, pengusaha Takaful kini perlu menguruskan kos dengan lebih baik dalam pasaran yang lebih mencabar kerana landskap risiko telah banyak berubah.
“Portfolio pelaburan, kepakaran sumber manusia dan persaingan akan menjadi risiko perniagaan paling hebat dalam 12 bulan akan datang.
“Pengusaha-pengusaha (takaful) juga perlu menilai semula perniagaan teras masing-masing, dan memberikan tumpuan kepada usaha mencapai keuntungan taja jamin,” tegasnya.
Laporan itu mencadangkan bahawa dalam berhadapan dengan portfolio pelaburan berisiko tinggi, pengusaha Takaful perlu mempertingkat keupayaan pengurusan portfolio dan menambah pulangan terlaras risiko mereka. – Bernama
Utusan Malaysia 16 April 09