Rabu, 16 September 2009

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum..

Salam sejahtera kepada semua pelangan,rakan pemimpin agensi dan semua consultant ZB Berjaya Consultancy serta semua teman-teman di luar yang melayari blog ini .

Aidilfitri kini menjelang kembali, malah kemeriahan telah mula terasa. Inilah masa untuk kita bergembira bersama keluarga hasil dari kerja keras dan komitmen yang berterusan dalam perniagaan kita sepanjang tahun.

Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon kemaafan Zahir dan Batin atas apa juga kelemahan dan kesilapan sepanjang saya memimpin agency yang kita sayangi, ZB Berjaya Consultancy

Alhamdulillah tahun 2009 merupakan pencapaian terbaik Kumpulan ZB Berjaya Consultancy setakat ini . Ia adalah hasil kerjasama yang tidak berbelah bagi daripada semua warga ZB Berjaya Consultancy dan sokongan berterusan dari rakan-rakan serta Pihak Pengurusan MAA Takaful dan MAA Assurance yang sentiasa yakin dengan kewibawaan consultant ZB Berjaya Consultancy.

Peluang ini juga gunakan untuk saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua pelanggan ,teman-teman seperjuangan serta warga keluarga ZB Berjaya Consultancy sepanjang kemeriahan hari raya ini....Insyallah kita akan kembali bekerjasama membangunkan perniagaan kita selepas pulang bercuti hari raya nanti....

Salam Aidilfitri.

MOHAMAD ZAMRIE BIN BABA
President / Group Chief Consultant
ZB Berjaya Consultancy

Tiada ulasan: